Duta Besar Lakhdhir Memberi Ucapan Utama di Persidangan HPAIR

Pada 16 Ogos, Duta Besar Lakhdhir dijemput untuk menyampaikan ucapan utama dalam Majlis Pembukaan Persidangan Projek Harvard untuk Hubungan Asia dan Antarabangsa (HPAIR) 2018. Persidangan HPAIR Asia adalah usaha kerjasama antara pelajar di Harvard dengan jawatankuasa penganjur negara tuan rumah di Asia. Tahun ini, tema persidangan ialah “Sustainable Disruption”. Semasa upacara pembukaan, Duta Besar Lakhdhir berkongsi cerita tentang pengalamannya dalam Perkhidmatan Asing dan bagaimana kerjayanya mengajarnya menjadi fleksibel dan boleh menyesuaikan diri. Duta Besar Lakhdhir juga bercakap tentang orang muda yang menjadi pengganggu (disruptor) dan dapat melibatkan diri merentasi sempadan dengan cara yang berbeza daripada diplomasi tradisional. Beliau menggalakkan perwakilan untuk memikirkan bagaimana gangguan boleh menjejaskan sesetengah kumpulan orang secara negatif dan memikirkan cara untuk menangani masalah yang mungkin timbul.