Brian D. McFeeters berkhidmat sebagai Duta Besar A.S. ke Malaysia sejak 26 Februari 2021. Brian, yang merupakan seorang anggota kerjaya Kanan Perkhidmatan Luar Negeri, sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Misi Kedutaan A.S., Baghdad, Iraq, Penasihat Kanan di Pejabat Penasihat kepada Setiausaha Negara, dan Timbalan Penolong Setiausaha Utama di Biro Jabatan Negara Hal Ehwal Ekonomi dan Perniagaan di Washington. Duta Besar McFeeters telah menghabiskan separuh daripada kerjayanya selama 30 tahun dalam Perkhidmatan Luar Negeri yang tertumpu pada Asia Tenggara, termasuk sebagai Timbalan Ketua Misi Kedutaan A.S.di Indonesia, sebagai Penasihat Politik di Kedutaan A.S. Kuala Lumpur, dan sebagai Timbalan Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Maritim Asia Tenggara Jabatan Negara A.S.
Tugasan Duta Besar McFeeters yang lain termasuklah berkhidmat sebagai Penasihat Menteri Ekonomi Misi A.S. ke Kesatuan Eropah di Brussels, Belgium, Penasihat Menteri Ekonomi untuk Kedutaan A.S. Baghdad, dan Timbalan Penasihat Politik di Kedutaan A.S. Di Seoul, Republik Korea. Duta Besar McFeeters sebelum ini berkhidmat di Angkatan Tentera Udara A.S., dengan mendapat pangkat Kapten.
Duta Besar McFeeters mendapat ijazah B.A. dan B.S. dari University of Notre Dame, M.S. dari University of New Mexico, dan M.A. dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies. Beliau boleh bercakap dalam bahasa asing termasuk bahasa Malaysia, Indonesia, Perancis, Sepanyol, dan Jerman.