
Pada 29 Julai 2017, Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir memberikan ucapan di majlis graduasi Program Ijazah Amerika Taylor’s University. Duta Besar berucap di hadapan 191 graduan, yang baru sahaja menamatkan pengajian selama dua tahun di Taylor dan merancang untuk meneruskan pengajian di institusi luar negara, termasuk di universiti A.S., Kanada, Australia dan New Zealand.
Beliau memberitahu graduan yang beliau banggakan itu supaya mengiktiraf peranan penting ibu bapa, datuk nenek, adik beradik dan rakan dalam membantu graduan mencapai kejayaan semasa mereka. Beliau menasihatkan graduan untuk bekerja keras dan menghargai orang yang mereka temui di luar negara. Duta besar selanjutnya menyatakan bahawa dengan pengalaman mereka di luar negara, beliau yakin graduan akan kembali untuk memimpin negara.