Duta Besar Lakhdhir Melawat Sarawak

U.S., Malaysian, and Japanese military engineers joined together to construct new buildings for a primary school in Batu Kawa, Sarawak. (U.S. Embassy photo)
Jurutera tentera Amerika Syarikat, Malaysia, dan Jepun bersama-sama membina bangunan baru bagi sebuah sekolah rendah di Batu Kawa, Sarawak. (Foto Kedutaan AS)
Jurutera tentera Amerika Syarikat, Malaysia, dan Jepun bersama-sama membina bangunan baru bagi sebuah sekolah rendah di Batu Kawa, Sarawak. (Foto Kedutaan AS)

Duta Besar Lakhdhir membuat lawatan rasmi pertama beliau ke Sarawak pada 20-23 April 2017. Beliau melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah Padi untuk bertemu dengan pelajar, guru, dan Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fulbright Jay Sullivan. Beliau mengunjungi Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan Pusat Biodiversiti Sarawak untuk membincangkan pemuliharaan alam sekitar. Di Sarawak, beliau juga bertemu dengan kakitangan Pustaka Sarawak dan melawat Sudut Amerika serta membaca buku untuk kanak-kanak. Beliau juga bertemu dengan Gabenor Sarawak Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Johari, dan YB Puan Sri Datuk Amar Datin Pattinggi Hajah Jamilah Haji Anu, isteri kepada bekas Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Duta Besar Lakhdhir juga mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti untuk Pacific Partnership 2017, iaitu misi persedian menghadapi bencana dan bantuan kemanusiaan serantau. Dalam satu projek, jurutera tentera A.S., Malaysia dan Jepun bersama-sama membina bangunan baru bagi sebuah sekolah rendah di Batu Kawa. Selain itu profesional perubatan Amerika Syarikat, Malaysia, dan Jepun memberi pemeriksaan kesihatan percuma kepada orang awam. Duta Besar Lakhdhir menyertai Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Amar Abang Johari dan Kapten Tentera Laut A.S. Stanfield Chien pada majlis penutup Pacific Partnership 2017.