Lawatan Kedua Duta Besar Lakhdhir ke Sabah

Ambassador Lakhdhir with young patients during her visit at the Women’s and Children’s Hospital in Kota Kinabalu. (U.S. Embassy photo)

Duta Besar Lakhdhir melawat Sabah buat kali kedua pada 4-5 Mei 2017. Beliau mengunjungi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Likas semasa lawatan tersebut. Duta Besar juga memberi ucapan di majlis makan tengah hari untuk kumpulan wanita L.E.A.N, dan melawat Taman Hidupan Liar Lok Kawi untuk melihat gajah bernama Joe yang diselamatkan oleh kakitangan Jabatan Hidupan Liar Sabah. Duta Besar Lakhdhir turut menghadiri majlis atas kapal dengan pakar perubatan tentera A.S. yang berada di Malaysia untuk program kerjasama bersama rakan mereka dari Malaysia. Di samping itu, Duta Besar melawat loji tenaga di Sabah yang memanfaatkan teknologi turbin gas asli dari General Electric yang berasal dari Amerika Syarikat.