Flag

An official website of the United States government

Duta Besar McFeeters Berucap Tentang Dasar Perubahan Iklim Pada Pelancaran Siri Penceramah Alam Sekitar
3 MINIT DIBACA
Ogos 11, 2021

Dengan kerjasama World Wildlife Fund, Bahagian Hal Ehwal Awam Kedutaan A.S. telah melancarkan siri penceramah alam sekitar selama enam bulan pada 11 Ogos. Siri ini terdiri daripada sesi maya mengenai perubahan iklim, keselamatan makanan, penyahkarbonan, pemuliharaan biodiversiti, dan penyelesaian semula jadi. Majlis pelancaran menampilkan Pengarah Pejabat Ketahanan Datuk Bandar New York, Jainey K. Bavishi, dan Pengerusi Malaysia Venture Capital Management Berhad, Tunku Alizakri Alias. Kedua-dua penceramah membincangkan kepentingan menghadapi perubahan iklim. Ucapan Duta Besar McFeeters memfokus pada desakan dan kesan perubahan iklim serta dasar A.S. yang membantu mengurangkan kesan ini.