Amaran Rabies di Sarawak

21 Ogos 2017

Apakah situasi sekarang?

Negeri Sarawak telah mengisytiharkan sebahagian daripada tiga daerahnya sebagai “kawasan berjangkit rabies.” Lima kes rabies manusia dan hampir 800 kes orang digigit oleh haiwan dengan rabies telah dilaporkan di daerah Serian, Sri Aman, dan Kuching sehingga Julai 2017. Semua lima orang yang dijangkiti rabies meninggal dunia.

Pegawai kesihatan kerajaan mengambil langkah merawat orang yang digigit oleh anjing tempatan atau kucing yang terdedah kepada rabies dan memberi nasihat kepada masyarakat tentang cara mencegah penyebaran penyakit.

Apakah rabies?

Rabies ialah penyakit maut yang disebabkan oleh virus yang tersebar di dalam air liur haiwan yang dijangkiti. Semua mamalia boleh mendapat rabies. Orang biasanya mendapat rabies daripada jilatan, gigitan, atau cakaran anjing yang dijangkiti atau haiwan lain seperti kelawar, rubah, rakun, dan cerpelai.

Rabies menjejaskan sistem saraf pusat, akhirnya menyebabkan penyakit otak dan kematian. Apabila gejala rabies muncul, penyakit itu selalunya membawa maut, jadi pencegahan sangat penting.

Apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan rabies ketika dalam perjalanan?

Dapatkan vaksin rabies sebelum perjalanan, jika disyorkan.

  • Maklumkan doktor anda mengenai rancangan perjalanan anda. Jika aktiviti anda terdedah dengan binatang seperti anjing, kucing, kelawar, atau haiwan karnivor lain, anda harus mempertimbangkan vaksinasi rabies, dengan tiga suntikan (hari 0, 7, dan 21 atau 28) sebelum perjalanan.
  • Sekiranya anda mendapat vaksin rabies, anda masih perlu mendapatkan rawatan segera jika anda digigit atau dicakar oleh haiwan semasa perjalanan.
  • Lihat Penyataan Maklumat Vaksin untuk maklumat lanjut.

Elakkan gigitan haiwan semasa perjalanan:

  • Elakkan menyentuh semua binatang, termasuk binatang liar dan haiwan peliharaan. Haiwan peliharaan di negara lain, seperti Malaysia, mungkin tidak diberi vaksin terhadap rabies.
  • Awasi kanak-kanak dengan rapat, terutama apabila mereka berada dekat dengan anjing, kucing, dan hidupan liar seperti monyet dan kelawar.
  • Jika anda berjalan dengan haiwan kesayangan anda, pantau haiwan kesayangan anda dengan teliti, dan jangan biarkan ia bermain dengan haiwan di kawasan perjalanan, termasuk haiwan peliharaan setempat, elakkan terutamanya daripada haiwan yang berkeliaran di jalanan.
  • Elakkan membawa pulang haiwan ke Amerika Syarikat. Anjing dan kucing mungkin dijangkiti rabies tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda sehingga beberapa hari atau bulan kemudian. Terdapat juga peraturan untuk membawa haiwan dan produk haiwan ke Amerika Syarikat.
  • Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Pastikan Keselamatan Bersama Haiwan.

Pertimbangkan insurans pemindahan perubatan:

  • Rabies boleh dirawat dengan vaksin selepas pendedahan, tetapi beberapa suntikan mesti dimulakan secepat mungkin selepas terdedah kepada haiwan berkenaan. Jenis vaksin ini tidak terdapat di semua bahagian dunia, jadi pertimbangkan untuk membeli insurans pemindahan perubatan.
  • Insurans pemindahan perubatan mungkin meliputi kos untuk memindahkan anda ke destinasi terdekat di mana penjagaan lengkap boleh diperolehi. Sesetengah polisi insurans mungkin merangkumi penghantaran pulang ke negara asal anda. Untuk maklumat lanjut, lihat Insurans.

Bertindak dengan cepat sekiranya digigit atau dicakar haiwan.

  • Cuci luka dengan sabun dan air.
  • Jumpa penyedia penjagaan kesihatan dengan segera, walaupun anda tidak merasa sakit atau luka anda tidak kelihatan serius. Untuk mengelakkan rabies, anda mungkin perlu memulakan suntikan vaksin dengan segera.
  • Untuk mendapatkan vaksin, bersiap sedia untuk perjalanan kembali ke Amerika Syarikat atau kawasan lain. Jenis vaksin ini tidak terdapat di semua bahagian dunia, jadi pertimbangkan untuk membeli insurans yang meliputi kos perjalanan ke negara yang boleh memberi anda penjagaan yang anda perlukan.
  • Untuk maklumat lanjut, lihat Insurans.

o   Untuk maklumat lanjut mengenai penjagaan perubatan di luar negara, lihat Mendapatkan Penjagaan Kesihatan di Luar Negara dan senarai kemudahan yang diakredasikan oleh Joint Commission International.

o   Selepas kembali daripada perjalanan, beritahu penyedia kesihatan atau jabatan kesihatan bahawa anda digigit atau dicakar semasa dalam perjalanan dan tentang apa-apa rawatan yang anda terima di luar negara.

  • Jika boleh, berikan salinan rekod perubatan luar negara kepada penyedia penjagaan kesihatan A.S. anda.

Maklumat Untuk Mereka Yang Melakukan Perjalanan

Maklumat Klinik

Untuk Maklumat Lanjut:

  • Lihat laman web Jabatan Negara A.S. untuk Perhatian Awam Sedunia, Amaran Perjalanan, Kewaspadaan Perjalanan, dan Maklumat Khusus Negara Malaysia.
  • Mendaftar di Smart Traveler Enrollment Program (STEP) untuk menerima mesej keselamatan dan memudahkan anda dikesan dalam keadaan kecemasan.
  • Hubungi Kedutaan A.S. di Malaysia, yang terletak di 376 Jalan Tun Razak 50400, Kuala Lumpur, dan dibuka 8:00 pagi – 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat. Jika anda seorang warganegara A.S. dan mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan, sila hubungi Kedutaan A.S. di (03) 2168-5000 semasa waktu operasi, atau lawati laman web Perkhidmatan Warga A.S. di https://my.usembassy.gov/. Kami akan menyiarkan maklumat terkini di laman web. Nombor kecemasan untuk warga A.S. adalah (03) 2168-5000.

Hubungi 1-888-407-4747 bebas tol di Amerika Syarikat dan Kanada atau 1-202-501-4444 dari negara lain dari pukul 8:00 pagi hingga 8:00 pagi. Waktu Standard Timur, Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti persekutuan A.S.).