Alumni Program Pertukaran ASEAN Berkumpul di Kuala Lumpur

Group photo of the participants at the end of the Workshop. (U.S. Embassy photo)
Peserta dan pengajur Bengkel Alumni ASEAN. (Foto Kedutaan A.S.)
Peserta dan pengajur Bengkel Alumni ASEAN. (Foto Kedutaan A.S.)

Lebih 60 alumni program pertukaran antarabangsa dan Penyelaras Alumni Kedutaan dari 10 negara ASEAN berkumpul di Kuala Lumpur dari 21 hingga 24 Oktober untuk mengambil bahagian dalam Bengkel Alumni Program Pertukaran ASEAN. Bengkel ini adalah satu komponen program kemasyarakatan Kedutaan A.S. Kuala Lumpur yang dilaksanakan melalui geran kepada pertubuhan Alumni Malaysia untuk Program Pertukaran (MAAP).

Bengkel ini menyediakan platform kepada alumni untuk mewujudkan perkongsian rentas sempadan yang lebih kukuh dan membangunkan idea mengenai projek baru dengan rakan serantau ASEAN.  Dalam bengkel ini, peserta didedahkan dengan pelbagai strategi untuk meningkatkan kemampanan program, termasuk kaedah untuk mengenal pasti rakan kongsi yang sesuai, prosedur pengurusan kewangan yang betul, dan amalan terbaik untuk pengumpulan dana. Para peserta juga menerima maklumat mengenai geran daripada kerajaan AS.

Di samping itu, peserta bengkel berpeluang untuk mendengar ceramah daripada penceramah terkenal, termasuk aktivis social, Syed Azmi Alhabshi; Duta Kewarganegaraan Korporat DHL IT Services, Giorgio Catucci; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Junaidah Abdul Aziz dan Pengarah LifeChamp, Choo Choon Sian.