Alumni OneBeat Berkongsi Pengalaman Muzik di Sudut Lincoln Kuala Lumpur

A group shot with the audience and OneBeat alumni, Neil and Guan at the end of the session. (U.S. Embassy photo)
Alumni OneBeat 2014 Neil Chua menjelaskan kepada hadirin yang berminat dengan instrumen tradisional ruan. (Foto Kedutaan A.S.)
Alumni OneBeat 2014 Neil Chua menjelaskan kepada hadirin yang berminat dengan instrumentradisional ruan. (Foto Kedutaan A.S.)

Sebagai sebahagian daripada usaha Bahagian Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Syarikat untuk mempromosikan program pertukaran budaya, alumni OneBeat Neil Chua dan Chor Guan berkongsi muzik dan cerita mereka dari Amerika dengan orang ramai di Sudut Lincoln Kuala Lumpur. Program ini diadakan pada Khamis, 18 Februari, di Galleri Insipirasi KL di Perpustakaan Bandaraya Kuala Lumpur. Kira-kira 40 orang menghadiri majlis ini, termasuk pelajar, pensyarah sekolah muzik, kakitangan kolej tempatan, keluarga dan rakan alumni, serta orang ramai.

Semasa sesi tersebut, mereka berkongsi cerita tentang pengalaman menarik semasa menjalani program OneBeat mereka di Amerika Syarikat. Neil dan Chor Guan menghabiskan masa selama dua minggu di Pusat Seni Montalvo di California, diikuti dengan lawatan dua minggu di negeri terpilih. Kedua-dua pemuzik menghargai peluang untuk bertemu dan bekerjasama dengan pemuzik dari seluruh dunia dan menghasilkan karya asal semasa program OneBeat. Neil dan Guan mengagumkan penonton dengan kemahiran luar biasa mereka dalam persembahan solo. Neil bermain alat tradisional yang dipanggil ruan dan Guan memainkan theremin iaitu alat muzik elektronik pertama.

Pada akhir sesi, kedua-dua artis diberi sijil kerana menamatkan program OneBeat dan bercakap dengan orang ramai.