ACIDIC jelajah Malaysia

Acidic rocking the stage at Black Box, Suria Sabah Shopping Mall.

ACIDIC, sebuah kumpulan rock indie yang muda dan bertenaga dari California Selatan melawat Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu dari 4-9 September di bawah program Envoi Seni Jabatan Negara Amerika Syarikat. Kumpulan ini mempersembahkan tiga konsert utama di Taylor’s University, Kuching Waterfront, Sarawak dan Suria Black Box di Kota Kinabalu, Sabah. Mereka juga mengendalikan dua bengkel di dua kolej muzik swasta. AICIDIC mengambil bahagian dalam tiga wawancara radio dan enam wawancara media cetak lain untuk mempromosikan program Envoi Seni dan pertukaran antara rakyat oleh Kedutaan.

Pelajar muzik dalam bengkel di Institut Seni Sabah.