Guru Access sertai projek pembangunan program Access serantau

Certificate ceremony and a group photo with RELO Bangkok, Alice Murray at American Tech Corner, Penang. Photo: U.S. Embassy Kuala Lumpur
Majlis penyampaian sijil dan bergambar Bersama Alice di Pulau Pinang. Foto: Kedutaan A.S. Kuala Lumpur.


Kedutaan AS di Kuala Lumpur menganjurkan latihan guru Access serantau pertama di Pulau Pinang dari 3 hingga 7 Disember 2019. Dianjurkan oleh penyedia Access, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), bengkel ini mengumpulkan 13 guru dari Burma, Malaysia dan Thailand. Bengkel interaktif selama empat hari ini merupakan fasa susulan daripada program pembangunan profesional dalam talian selama tiga setengah bulan yang diketuai oleh Pakar Bahasa Inggeris Heather Van Fleet dan Jeff Puccini.

Pakar Bahasa Inggeris Heather menerangkan prinsip pembelajaran kepada peserta. Foto: Kedutaan A.S. Kuala Lumpur.

Sepanjang bengkel ini, peserta-peserta dapat berkongsi pengalaman menggunakan kerangka DIGPA (Describe, Interpret, Generalize, Plan Action), dan belajar tentang mikro pengajaran serta pembelajaran bahasa komunikatif. Felo Bahasa Inggeris Lynn Nakazawa dan Kathie Hagy masing-masing mengendalikan beberapa sesi dan mengambil bahagian dalam latihan. Pada hari terakhir bengkel, peserta bengkel berpeluang melawat Sudut Teknologi Amerika di Kluster Sains Pulau Pinang dan belajar tentang pelbagai projek berasaskan sains, teknologi dan kejuruteraan yang ditawarkan. Kebanyakan peserta mengulas bahawa mereka mempelajari amalan terbaik baharu antara satu sama lain dalam pelbagai jenis aktiviti program Access. Bengkel ini ditutup dengan satu majlis penyampaian sijil oleh Pegawai Bahasa Inggeris Serantau dari Bangkok, Alice Murray.