PERHATIAN: PENGARANG
Kuantan, Pahang – Pada Khamis 20 Januari 2022, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kaunselor Hal Ehwal Awam Kedutaan Besar Amerika Syarikat Kuala Lumpur Melinda Masonis meraikan majlis tamat pembelajaran 80 pelajar Tingkatan 5 daripada Program Kepimpinan Access (Access).
Sebagai inisiatif yang dibiayai oleh kerajaan A.S., program Access selama dua tahun telah dijalankan di lebih 85 negara sejak 2004. Melalui Access, pelajar menerima biasiswa untuk mengikuti kelas intensif Bahasa Inggeris, aktiviti peningkatan kemahiran berasaskan budaya dan nilai, serta projek penglibatan sivik. Access melengkapkan pemimpin pelajar untuk bukan sahaja menjadi penutur bahasa Inggeris yang berkeyakinan, tetapi juga untuk menggunakan kemahiran pemikiran kritis dan minda sivik untuk berkhidmat kepada komuniti setempat mereka.
Program Akses di Kuantan adalah kerjasama sulung Kedutaan AS KL dengan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), sebuah yayasan di bawah naungan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. YASA menjalankan program pendidikannya sendiri untuk pelajar kurang berkemampuan yang dikenali sebagai Akademi Menara Gading (AMG). Melalui kerjasama ini, pelajar mengambil bahagian dalam kedua-dua program secara serentak untuk mendapatkan kemahiran akademik dan kepimpinan yang akan meluaskan akses mereka kepada pekerjaan dan prospek pendidikan yang lebih baik pada masa hadapan.
Muhammad Adam Danish Mohd Rusdy, 17 dari SMK Sungai Soi, berkata, “Sekiranya saya berpeluang menyertai program ini lebih awal, saya akan melakukan lebih banyak perkara yang menakjubkan pada tahun-tahun menengah rendah saya. Program Kepimpinan Access perlu diperkenalkan kepada lebih banyak sekolah untuk menggalakkan pelajar yang pemalu untuk keluar dari kepompong mereka dan menikmati pembelajaran bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan!”
Pengarah YASA, Professor Dato’ Dr. Abdul Razak bin Ahmad menekankan: “Access Leadership Programme yang dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun bersama Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan Yayasan Al-Sultan Abdullah bukan sahaja mampu membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan peserta, tetapi juga dapat meningkatkan pelbagai kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kemahiran berfikir, dan juga mempelajari perbandingan budaya antara Malaysia dan Amerika.
Kaunselor Hal Ehwal Awam Kedutaan A.S. Melinda Masonis menekankan “ Kedutaan kami amat komited untuk mempromosikan pembelajaran bahasa Inggeris dan pembangunan kepimpinan untuk belia Malaysia. Dengan menyertai Access, para pelajar akan lebih bersedia untuk meneroka peluang belajar di Amerika Syarikat untuk ijazah sarjana muda atau sarjana mereka, serta berpotensi bersaing untuk mengambil bahagian dalam program pertukaran kerajaan AS untuk belia, contohnya program SEALYP dan YES.”
Selain program Access bersama YASA, Access kini sedang dilaksanakan bersama rakan pendidikan tempatan di Kedah, Kelantan dan Johor. Melalui pelbagai program pendidikannya, Kedutaan A.S. KL komited untuk membangunkan pemimpin pelajar masa depan, memperkasakan komuniti tempatan dan membina hubungan A.S.-Malaysia yang lebih kukuh.