Ulang Tahun ke-241 Kemerdekaan Amerika Syarikat

Hampir 800 tetamu dari seluruh Malaysia memenuhi dewan besar di InterContinental Hotel Kuala Lumpur pada hari Rabu, 5 Julai. (Gambar oleh Kedutaan A.S. Kuala Lumpur)

Hampir 800 tetamu dari seluruh Malaysia berkumpul untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan Amerika ke-241. Mereka memenuhi dewan besar di InterContinental Hotel Kuala Lumpur pada Rabu, 5 Julai. Acara kemuncak sambutan “4 Julai” anjuran kedutaan itu termasuk ucapan oleh Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir dan tetamu kehormat, YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dengan sokongan lebih 45 syarikat Amerika dan Malaysia yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat, majlis itu menyerlahkan inovasi Amerika dan menampilkan masakan A.S. dan Malaysia yang menyelerakan. Orang ramai dihiburkan dengan muzik yang dipersembahkan oleh Band Marine Expeditionary Force dari Marine Corp A.S. yang didatangkan dari Jepun.